Cari Blog Ini

Selasa, Jun 29, 2010

BoTB

PERTANDINGAN KUGIRAN BAKAT BARU DAN LAMA

Tarikh : 4 Julai 2010
Hari : Ahad
Masa : 9 pagi hingga 11 malam
Tempat : Dataran Tasik Bandar Penawar

Anjuran :

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara

Kerjasama :

Pejabat Parlimen Pengerang
JKKMB Bandar Penawar

Selasa, Jun 15, 2010

PROGRAM AKAN DATANG.....

tERHAMPIR......

18 Jun 2010
Perlawanan bolasepak Pemuda UMNO Pengerang menentang Gabungan Belia Gugusan Adela pada pkl 8.30mlm di Stadium Bandar Penawar.....

4 Julai 2010
Battle of The Band di Dataran Bandar Penawar....


17 Julai 2010
dalam tentatif, Ceramah Israk Mikraj.....

Watch Up.....

MENANG TANPA BERTANDING

Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia,

Pasti kegembiraan yang tidak terhingga disegenap sanubari dirasai oleh Sdr.Mohd Azzli Hj Shahid dan Sdr.Faizal Khaizdir kerana telah menang tanpa bertanding bagi memilih 2 orang wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang ke Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi tahun 2010.

Setelah kertas pencalonan dibuka antara 5 Jun hingga 12 Jun 2010, hanya 2 borang pencalonan telah diambil dan dipulangkan.

Ianya juga membawa makna yang besar bagi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang kerana seluruh ahli-ahli Pemuda UMNO Pengerang memberi penghargaan kepada Mohd Azzli dan Faizal yang juga Penolong Setiausaha dan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang.

Tahniah dan Syabas.

PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN 2010 PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PENGERANG

Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan dan dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang bagi tahun 2010 seperti butiran berikut :

Tarikh : 20 Jun 2010
Hari` : Ahad
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan KEJORA Bandar Penawar

Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato` Seri Haji Dr.Mohamad Khir Bin Toyo, Ketua Pemikir UMNO Selangor.


Persidangan Perwakilan Tahunan 2010 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang dijangka dijalankan antara pukul 3.30 hingga 5.30 petang.

Kehadiran YB Dato` Seri, YB Datuk, YB, Tuan-Tuan dan Puan-Puan amatlah dihargai dan akan memeriahkan lagi program kami ini.Sekian.Terima Kasih.