Cari Blog Ini

Isnin, April 26, 2010

KARNIVAL JOM KE FELDA ( KJKF 2010 )

Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Usahawan Generasi Felda Malaysia ( PUGFM ) dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang akan menganjurkan Karnival Jom Ke Felda ( KJKF 2010 ) siri 3 pada 30 April 2010 hingga 2 Mei 2010 bertempat di Dataran Felda Tunggal, Gugusan Adela, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
Antara pihak yang terlibat didalam KJKF 2010 ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ), DIGI, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Utusan Malaysia, Power Root, Haier, PAMA, Felda Securities, CCM dan banyak lagi.
Terdapat juga jualan dan pameran IKS daripada generasi FELDA daripada seluruh negara.
Antara aktiviti dan program yang dijalankan ialah khidmat nasihat perniagaan dan pinjaman, pertunjukan Seni Mempertahankan Diri, Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi, Pertandingan Playstation, Kejohanan Futsal, Pameran Buku dan Majalah, Pertandingan Memasak, Gubahan dan pertandingan Mewarna Kanak-Kanak.
Antara artis dan personaliti yang dijangka hadir memeriahkan KJKF 2010 adalah Hafiz ' Now See Heart ", Rabbani, Faizal Tahir, XPDC, Ali Terra Rossa, Butterfly dan ramai lagi.
Hadirlah bersama keluarga dan manafaatkan peluang yang diberikan.

LIGA KEJORA 2010: PIALA PENGURUS BESAR

Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia,

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang melalui Biro Belia dan Sukan telah menyertai Liga KEJORA 2010 : Piala Pengurus Besar.Ianya sebahagian daripada usaha memenuhi hasrat ahli-ahli Pemuda UMNO Pengerang yang berminat didalam aktiviti sukan dan fizikal.Semua perlawanan dilangsungkan di Stadium Penawar pada pukul 8.45malam.
Pengerusi Biro Belia dan Sukan, Saudara Aznan Tamin telah dipilih sebagai Pengurus Pasukan.
Warga Pengerang terutamanya ahli-ahli Pemuda UMNO Pengerang diseru hadir sama bagi setiap perlawanan bagi memberikan sokongan.Adalah digalakkan memakai baju yang dominan berwarna Merah atau Putih.

Keputusan Perlawanan Lalu :

9 April 2010 ( Jumaat )

Pemuda UMNO Pengerang ( P.U.P ) : 0
Oren FC : 2


30 April 2010 ( Jumaat )

Pemuda UMNO Pengerang ( P.U.P ) 0
VS
Harimau Kota 5

28 Mei 2010 ( Jumaat )

Pemuda UMNO Pengerang ( P.U.P ) 2
VS
Belukar Durian 3

PERLAWANAN AKAN DATANG

18 Jun 2010 ( Jumaat )

Pemuda UMNO Pengerang ( P.U.P )
VS
Gabungan Belia Gugusan Adela ( GBGA )