Cari Blog Ini

Selasa, Januari 12, 2010

WALIMATUL URUS


Assalamualaikum,

Salam 1Malaysia,


Sukacita kami mewakili keluarga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang menjemput para pengunjung laman blog Pemuda UMNO Pengerang untuk menghadiri Majlis Perkahwinan adik kedua beliau iaitu Mohd Anuwar Bin Hamidon dan isterinya, Nur Aishah Bte Ismail seperti butiran berikut :


Tarikh : 17 Januari 2010

Hari : Ahad

Masa : 11 pagi hingga 5 petang

Alamat : 1173, Blok 8, Felda Tunggal, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.


Berbesarlah hati mereka sekeluarga dengan kehadiran sahabat-sahabat sekalian bagi menyerikan majlis tersebut.


Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang seperti butiran dibawah :


Mohd Amin Bin Hamidon

Tel : 019 341 5252


atau,


Mohd Azzli Haji Shahid

Penolong Setiausaha,

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang

Tel : 019 7899 112


atau saya,


Faizal Khaidir ( Bulat )

Setiausaha Kerja,

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang

Tel : 018 772 1537




MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA

Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia,
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kerana telah meluluskan permohonan bagi melantik Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang sebagai Pendaftar Pemilih Sementara ( PPS ) bagi mendaftarkan bakal-bakal pengundi SPR untuk rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas.
Mana-mana warganegara Malaysia yang telah berumur 21 tahun dan keatas serta masih belum berdaftar didalam Daftar Pemilih SPR, bolehlah menghubungi :
Saudara Abdul Hadi Bin Sydee,
Naib Ketua Pemuda UMNO Pengerang
selaku Pengerusi,
Biro Keahlian dan Daftar Pemilih,
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang
Tel : 019 768 0704
Pemohon perlu hadir sendiri dengan membawa 1 salinan kad pengenalan.
Saudara Abdul Hadi selaku PPS juga sentiasa berhubung dan berkunjung ke setiap Pemuda UMNO Cawangan bagi memudahkan proses pendaftaran.Hubungi Ketua-ketua Pemuda UMNO Cawangan masing-masing untuk tujuan tersebut.
Selain itu, setiap pemohon bolehlah juga pergi ke Pejabat Pos Malaysia yang berkomputer atau terus ke Pejabat SPR yang terhampir bagi tujuan mendaftarkan diri.
Semua proses pendaftaran adalah PERCUMA.
Maklumat lengkap, layari http://www.spr.gov.my/

BERTENANG !!! WALAPUN SENSITIVITI MENGUASAI DIRI

Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia,
KALIMAH ALLAH
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang memahami perasaan marah dan terguris umat Islam di dalam Parlimen Pengerang ketika ini.
Didalam Perlembagaan Malaysia, orang-orang Melayu hanya ada beberapa perkara istimewa sahaja sebagai warga pribumi Tanah Melayu tetapi tika ini, soal paling utama iaitu agama orang-orang Melayu turut menjadi tuntutan orang-orang bukan Melayu.Kalimah ALLAH ingin dikongsi penggunaannya tak kira sama ada didalam penerbitan makalah-makalah Islam mahupun majalah-majalah kristian khatolik.Apalah nilai maruah orang-orang Melayu di Malaysia tanpa agamanya.
Setelah agama Islam, apa lagi yang ingin mereka tuntut di mahkamah? Bahasa? Hak menjadi Raja? kouta samarata dalam perkhidmatan awam? Pengerusi Barisan Nasional secara bersama?
Pemuda UMNO Pengerang menerima banyak gesaan untuk mengadakan demontrasi dan bantahan tentang isu pengunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam di Malaysia.Sudah tentu kami menerimanya dengan reaksi pantas.
Bagaimanapun,
Orang-orang Melayu sayangkan Raja-Rajanya, Sayangkan pemimpin-pemimpinnya dan sayangkan keamanan yang dinikmati.
DYMM Yang Dipertuan Agung menitahkan rakyat bertenang.
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia meminta semua rakyat berbilang agama di Malaysia bertoleransi dan menunggu proses mahkamah berikutnya.
Y.A.B Timbalan Perdana Menteri memujuk agar orang-orang Melayu percaya dan yakin terhadap kepimpinan kerajaan bagi menyelesaikan isu ini.
Kita akur.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang akan menunggu dengan sabar apa keputusan Mahkamah Rayuan nanti.Reaksi kita bergantung apa keputusan 3 hakim tersebut.Hampir tiada masa pula untuk menunggu proses Mahkamah Persekutuan pula bagi membendung apa yang kita rasa dalam dada kita.
Kita percayakan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Melayu didalam kerajaan persekutuan ketika ini bagi menangani isu kalimah ALLAH tetapi soal akidah dan tauhid melangkau segala-galanya.
HARGA GULA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan harus faham bahawa bukan soal 20 sen sekilo gula yang merengsakan sangat.
Gula pasir adalah bahan wajib setiap makanan dan minuman rakyat Malaysia.Hampir semua ada gula.
Naik harga gula, maka naik semua harga makanan dan minuman.Meningkat kos belanja makan-minum setiap rumah di Malaysia.
Setiap rumah ada pengundi yang berdaftar dengan SPR.
Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional tidak ingin memerintahkah lagi selepas Pilihanraya Umum ke 13 ( PRU 13 ) ? Mana lebih utama? Pengguna yang berjuta-juta atau pengilang gula yang mungkin tidak pernah mendaftar SPR pun.
Jangan gadaikan nasib negara kita dan maruah orang Melayu dengan sengaja memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah selepas PRU 13.Pakatan Rakyat akan memusnahkan negara ini dengan hanya 1 penggal memerintah dan meranapkan pembangunan yang Barisan Nasional / Perikatan bina sejak tahun PRU 1 pada tahun 1955.1 penggal sudah cukup bagi Pakatan Rakyat, cukup bagi Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang menghapuskan Ketuanan Melayu dan Intergrasi Kaum di Malaysia.
Jangan hanya kerana GULA...
Seperti dijangka, selepas ini PETROL pula...
PENGERANG SERAMBI JUDI WARGA ASING
Selepas lebih 1 bulan, pendedahan media oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang tentang salahguna Terminal Feri Penumpang dan Marina Awam Tanjung Pengelih oleh warga asing untuk pergi ke kapal-kapal kasino tetapi aktiviti-aktiviti tersebut masih beroperasi seperti biasa.Seperti tiada apa-apa berlaku.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang telah pun melaksanakan aduan orang-orang kampung, iannya telah pun didedahkan...
Jabatan Laut Semenanjung Malaysia masih membisu terhadap memorandum bantahan...
Moga-moga Allah SWT menjauhkan bumi Pengerang daripada bala dan kemusnahan...
Akal masih berfikir, Tenaga masih ada, Semangat masih membara, Masa masih tersedia, Ugutan dan Fitnah diterima dengan senyuman...

Ahad, Januari 03, 2010

UMNO : Cabaran Awal Tahun 2010

Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia,

Tahun 2010 baru 3 hari mengibarkan tirainya.

Telah ada 3 cabaran baru yang UMNO perlu jawab kepada orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia bagi tahun 2010.

1) Keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Herald : Chatolic Weekly, majalah agama Kristian Khatolik bagi edaran di negari Sarawak yang menbenarkan penggunaan istilah " ALLAH " didalam penerbitannya.

Terlalu bebaskah atau tiada rasa sensitifkah sistem judiciary / kehakiman di Malaysia ketika ini ?


2) Keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi menaikkan harga gula sebanyak 20 sen/ sekilo.

Siapa diutamakan? Kapitalis yang beberapa kerat atau rakyat terbanyak?

3) Idea Kementerian Kewangan Malaysia yang bersungguh-sungguh ingin melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan ( GST ) seawal 2011 tanpa merujuk pandangan rakyat termiskin.

Ahli Jemaah Menteri Malaysia dan ahli-ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia seramai 222 orang itu mungkin tidak kisah nak bayar cukai 4% bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang mereka langgan.Tapi bagaimana dengan jutaan rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya hanya tinggal sedikit baki gaji pendapatan setelah membayar segala bil setiap bulan.Itu pun kerajaan nak cukai 4% lagi?

Masalah pemimpin UMNO yang besar-besar sekarang ini ialah mereka berfikir dan bertindak sebagai menteri atau pegawai kerajaan yang memerintah, bukan lagi sebagai pemimpin UMNO / BN yang seperti dulu memperjuangkan nasib hidup rakyat termiskin.

Nescaya jika Pilihanraya Umum ke 13 diadakan ketika ini, pada bulan Januari ini, UMNO mungkin hilang sebahagian besar kerusi Parlimennya yang dimenangi pada Mac 2008, malah, BN bukan sahaja tiada 2/3 majoriti, mungkin 'simple majoriti ' pun BN dah tak dapat.

Sebab apa? sebab rakyat masih marah...

Jumaat, Januari 01, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia,

Selamat Tahun Baru 2010 diucapkan kepada pengunjung blog rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang.

Tahun 2009 yang ditinggalkan telah memberikan kita banyak peristiwa dan perkembangan yang akan menjadi pengajaran yang berguna.Guru terbaik didalam kehidupan adalah sejarah.Yang baik jadikan pengajaran, yang tidak enak dijadikan sempadan.

Bagi politik UMNO / Barisan Nasional, tahun 2009 menyaksikan pertukaran kepimpinan UMNO yang kini dipimpin oleh Y.A.B Dato` Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO yang ke 6.

Sebagai Perdana Menteri Malayia yang ke 6, beliau telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia yang menjadi motivasi baru rakyat Malaysia segenap lapisan untuk melaksanakannya.

Beliau juga memperkenalkan 6 cabang utama Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang akan menjadi pemacu dan tanda aras bagaimana negara ini dibangunkan kearah menggapai Wawasan 2020.

Dato` Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengisytiharkan tahun 2010 adalah tahun bagi UMNO dan Barisan Nasional melunaskan janji-janji yang diberikan kepada rakyat dengan NKRAs sebagai landasan kearah tersebut.

Marilah kita bantu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mencapai impiannya.

Di Pengerang, pembangunan dan kesedaran masyarakatnya akan terus berkembang.Jika warganya asyik terbuai oleh putaran isu politik yang tidak kunjung padam, segala peluang ekonomi dan pembangunan akan dirampas oleh orang-orang luar.Peka dan libatkanlah diri didalam merangkul peluang-peluang yang telah dan akan muncul.Tiada cara lain untuk kaya dan meningkat taraf hidup kecuali berniaga.

Moga-moga Allah SWT melindungi dan memberikan rahmatNYA kepada agama kita, Agama Islam, Raja dan orang-orang Melayu, negara Malaysia yang tercinta dan ketenteraman yang dinikmati tidak terganggu gugat.Moga tiada lagi wabak-wabak penyakit berjangkit yang mencemaskan kita.

SELAMAT TAHUN BARU 201O
SELAMAT MAJU JAYA