Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia,
Orang-orang Melayu adalah kaum majoriti didalam Daerah Kecil Pengerang, didalam Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.Tidak kiralah samaada mereka daripada kampung-kampung tradisi nelayan, tanah-tanah rancangan FELDA, FELCRA ataupun bandar-bandar baru KEJORA seperti Bandar Penawar atau Bandar Mas.
Sebahagian besar Daerah Kecil Pengerang terletak didalam persempadanan pilihanraya SPR Negeri Johor iaitu P157 Parlimen Pengerang, N38 DUN Penawar dan N39 Tanjung Surat.
Walaupun tidak berada didalam kawasan pembangunan Wilayah Iskandar, Daerah Kecil Pengerang ditandakan sebagai ' outer zone ' bagi pelan pembangunan komprehensif tersebut.
Orang-orang Melayu didalam Daerah Kecil Pengerang harus `alert` dan waspada bagi mana-mana pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan disitu.
Antara yang perlu diberi perhatian adalah ;
a) Siapnya Lebuhraya Senai-Desaru ( SDE ) pada suku ketiga tahun 2010,
b) Pengambilalihan pembangunan tanah oleh Khazanah Nasional seluas lebih kurang 2000 ekar di Mukim Pantai Timur,
c) Perubahan pemilikan industri berat daripada Ramunia Fabricator Bhd kepada Sime Darby Bhd,
d) Projek bioteknologi oleh Perbadanan Johor Bioteknologi dan Biodeversiti,
e) Tebusguna laut dan kerja-kerja penambakan bagi projek minyak dan gas diantara Kampung Sungai Buntu dan Kampung Sungai Kapal,
f) Operasi Kastam, Imigresen dan Kuarantin ( C.I.Q ) di Tanjung Pengelih,
g) Pertukaran pemilikan antara Arab Malaysian Bhd kepada IJM Bhd di Sebana Cove,
h) Pelan pembangunan tanah oleh KEJORA dalam tempoh 10 tahun bermula 2010,
Secara drastik dan tiba-tiba, banyak pelaburan baru daripada luar terutamanya syarikat multinasional di Daerah Kecil Pengerang ketika ini.
Positifnya adalah pertambahan peluang pekerjaan, kenaikan nilai hartanah dan pembangunan fizikal/infrastruktur.
Bagaimanapun, waspada dan hati-hatilah...
Pelaburan luar akan dengan rakus mengikis penguasaan orang-orang Melayu bagi pemilikan tanah-tanah dan aset hartanah yang sedang kita ada sekarang.
Kenapa semua ini berlaku?
Pada masa antara 5 hingga 10 tahun akan datang, keperluan kepada Jambatan Ke 3 antara Malaysia dan Singapura akan mendesak dan penting...
Dimana ?
Lebih praktikal jikanya di Tanjung Pengelih berbanding di Tanjung Belungkur daripada segi jarak, kos efektif dan hak Singapura melindungi Pusat Latihan Tentera Darat Singapura di Pulau Tekong.
Jambatan Ke 3 adalah satu perkara.Satu perkara lain yang juga perlu diberi perhatian serius adalah Cadangan Lebuhraya Pesisiran Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang menhubungkan Kuantan-Pekan-Rompin-Mersing-Kota Tinggi-Singapura.
Pertahankanlah tanah dan hartanah orang-orang Melayu terutamanya antara Tanjung Pengelih ke Pekan Sungai Rengit, Ramunia ke Kampung Punggai.
Waspadalah dengan niat sebuah syarikat tempatan yang berpengkalan di Kompleks Feri Penumpang dan Marina Awam Tanjung Pengelih, Pengerang.Sebuah banglo baru telah pun siap dibina di Kampung Pengerang.Banglo lama telah pun dibeli.
Kini ada peluang pula membeli tanah orang Melayu yang betul-betul terletak di Pekan Pengerang.
Syarikat ini sedang 'sibuk' menbeli tanah-tanah dan hartanah orang-orang Melayu secara pukal di Pengerang.Sedikit mahal daripada harga pasaran pun tak apa.
Mana datang wang bagi pelaburan itu? pelabur Singapura? kontrak dengan kapal judi/kapal Entertainment.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang mengambil tanggungjawab dan perhatian terhadap perkembangan tersebut...
Bagaimanapun, terpulanglah kepada orang-orang Melayu didalam Daerah Kecil Pengerang bagaimana mahu menguruskan tanah dan hartanah mereka ini...
Jangan jadi Penonton pembangunan yang pasif, jadilah Pelabur yang aktif dan bijak...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan